Naik bas daripada Melaka ke sungai Petani
( mesti korang tertanya apsal naik bas pergi Sungai Petani,actually member yang bawak kereta dok SP ,so takkan nak turun Alor Setar pulak..π
6 am :
Sampai Sungai Petani tapi malangnya bas turunkan dekat Perhentian Teksi.Macam orang gila bukak google maps nak tengok jalan ke Stesen bas baru.Kalau nampak UTC tu lah sebenarnya stesen bas yang baru. Tapi sebab sis tak tahu plus malas nk melintas,sis pergi stesen keretapi je lah (padahal berdepan je dengan stesen bas tu)π. Alang alang sambil tunggu train si Anisa,sis solat and tido sekejap dekat situ.
jejantas nak pergi stesen keretapi SP
Gambar dari atas jejantas.
8.30 am :
Ustad a.k.a Ridzuan pun sampai amik kitorang dekat stesen ketapi and kitorang teruskan perjalanan
10.30 am :
Tiba di Padang Besar,settle urusan insurans kereta and isi perut sebelum pergi ke Wang Kelian.
12 pm :
Tiba di Wang Kelian.Masa di imegresen Malaysia cuma perlu drive thru sahaja.Kumpul siap2 passport semua orang sebab diorang akan scan je passport korang tu.
Parking kereta kat imegresen Thailand,then dia akan bagi borang departure and arrival .Kena isi siap2 sebelum nak cop passport dekat imegresen dia.
Selesai urusan imegresen pergi kastam untuk declare bawa kenderaan.Simpan borang tu elok2 sebab diperlukan masa tiba di Malaysia nanti.Disebabkan kami bertiga ni baru first time,kami ingatkan dah declare kereta sebab dah isi borang untuk bawa kereta tu and dah bagi dekat imegresen dia,rupanya kami terlepas pandang yang kastam tu or memang kat situ takde kastam?nasib masa nak balik tu dia lepaskan je.Kalau kena tahan bercinta gak ah nak settle πππ
Sim card Thailand ,beli lepas border Wang Kelian.300 baht internet 1.5 GB and 100 baht kredit.Kitorang beli satu je then share 3 orang (bukak hotspot la)
banjir di Trang,
sebelum pergi risau jugak sebab tengok berita banyak daerah selatan Thailand dilanda banjir.But Alhamdulillah jalan yang kitorang lalu tak terjejas and cuma kiri kanan je air penuh lagi sebab banjir baru nak surut.
5 pm :
Tiba di Ao Nang. Check in di JP Home & Backpackers.Disebabkan Ustad sorang lelaki aku booked kan dia 4 bed mixed dormitory and luckily malam tu dorm tu dia sorang je yang duduk..haha.
Aku and Anisa pulak stay dekat twin room.Bilik dia sangat luas and siap ada fridge plus ada air mineral.so far aku boleh bg 4/5 bintang dekat hotel ni..hehehe...
sebab kepenatan kitorang dah landing dulu atas katil.Tak sempat nak snap pic..hehehe
Jalan jalan di Aonang Walking Street sambil cari makanan and pakej pulau utk hari esok.
laju je dua ekor ni jalan.
Pantai Aonang.Tak sempat nak amik gambar masa ada matahari sebijik.
Air Kelapa and Jus Mangga.Baru perasan sepanjang kat sini cuma berminat nak beli air kelapa je ππ
Masjid di Aonang
Anisa bfftj
Dah puas jalan jalan,kitorang booked pakej pulau yang mula2 kitorang dapat sebab harga dia lg murah drpd yg lain.
kitorang booked Phi Phi Island utk hari esok and Hong Island utk hari lusa..Total hangus malam tu 800 baht + 500 baht ex national park fee (400 baht + 300 baht) plus makan sorang 120 baht.

















No comments:
Post a Comment
Have A Nice Day