My Melody Crying

Tuesday, 4 October 2016

7 Friends On Vacation

Pantai Chenang,Langkawi

Gambar acah acah #friendshipgoals sikit.hahhaha.
So kat sini sis nk cerita pengalaman sis pergi holiday dengan kawan kawan sis ni haa
Tak sangka trip yg dirancang last minit menjadi.Sayang la depaa semua ni.hahaha
Trip ni sebenarnya masa Tahun Baru Cina haritu.Sebab masa tu tgh semester break dan kitorang pun buat keputusan nk plan trip selama 3 hari 2 malam ni.
Kami bertolak dari Bertam ke Jeti Kuala Perlis dalam pukul 12 tgh mlm.Kenapa awal sangat?
pasal time tu je lah pakcik van tu sanggup hantar kitorang sbb esok pg dia nk kena hantar org lain pulak.
Sampai sana memang bercinta la nk tggu kaunter bukak pukul 7.Nasib kami ada 7 org.So,kami bergilir gilir pergi beratur dekat kaunter tiket,jaga beg and pergi tandas.
And memang ramai giler orang beratur nak beli tiket feri masa tu.
Almaklumlah cuti sekolah,ada yg beratur sorang sekali beli tiket utk 11 orang.Phew!And luckily kitorang dapat feri pukul 7 pagi dalam ramai2 org tu.

DAY FIRST

kitorang sewa kereta awal awal sebab komfem2 kereta sewa ramai orang book time public holiday cenggini.Range harga kereta sewa dalam 200-300 utk 3 hari .Bila bahagi 7 orang,dh save skit.
Tempat tinggal pula kami pilih Coco Valley Inn yg terletak di Pekan Kuah.Area Pekan Kuah ni senang sebab byk kedai2 dan kalau nak shopping coklat pun kat sni la paling senang.

Sky Cab Langkawi
Sementara yg lain naik kereta kabel,kami berdua naik benda alah ni jalan jalan keliling tempat ni.Harga dia dalam RM10 camtu and sangat best.Jangan risau naik ni sebab ade guard dia yg guide kita sepanjang perjalanan tu.
Kalau nak naik kereta kabel harga lebih kurang RM20 gitu.Nak lagi pasti boleh check online.Hehehe...
Selain kereta kabel,dekat sini ada 3D Art Museum jugak and byk kedai2 yg korang boleh survey dekat sni.
 p/s : setiap kali masuk toilet akan di caj 0.50 sen.

custom made key chain.
Boleh buat nama sendiri or apa apa je yg korang nak.harga dia dlm RM8-10 gittew.
Lokasi: Area deret kedai dekat Pantai Chenang.

 DAY TWO
Mangrove Tour
Salah satu pulau yg kami singgah masa mangrove tour ni
Pakej mangrove cari sendiri biasanya dekat area Pantai Chenang ramai yg offer pakej murah2 ni.
Pakej yg kami ambil ni harga dalam RM200 lebih untuk 4 jam.



sebahagian gambar yg kami ambil.
Hari yang memenatkan tapi seronok,yang penting kena pandai cari pakej yg sepadan dengan harga dan memuaskan.


DAY THREE


tempat paling wajib ambil gambar bila sampai langkawi 

Hari terakhir di Langkawi.
Hari terakhir tak ada pergi mana mana sangat.Cuma beli souvenir,barang barang yang mak kirim and cukupkan kuota coklat yg dibeli..hahahha.


Itu sahaja yang dapat sis kongsikan sepanjang percutian sis ni.Apa apa yg sis lupa harap di maafkan lah sebab benda dh lama berlaku dan ingatan sis pun bukannya kuat..Hehehehe.
Insyaallah sis akan update lg entry pasal travelog sis.
See you when I see you guys.

The End

No comments:

Post a Comment

Have A Nice Day

Search This Blog